Halaman

Khamis, 7 Oktober 2010

Laporan Bengkel Gegas

PENGENALAN

Okjektif projek
  •  Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan dengan betul.
  • Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas.
  •  Memberikan pelajar gambaran sebenar kerja mengegas. 
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Ø  kikir
Ø  mesin gerudi
Ø  tukul waringston
Ø  penebuk pusat
Ø  penggarit
Ø  pahat
Ø  sesiku L
Ø  pembaris keluli
Ø  tolok permukaan
Ø  plat sudut
Ø  pengulir dalam (TAP)

LANGKAH KERJA
 Ø  menandakan ukuran panjang dan lebar bahan kerja.
 Ø  Mengikir bahagian tepi bahan kerja.
 Ø  Menanda ukuran bagi heksagon dan membuat lubang kecil dengan menggunakan mesin gerudi pada heksagon.
 Ø  Membuang bahagian tengah heksagon dengan menggunakan pahat dan tukul waringston.
 Ø  Membuang bahgian-bahagian lebih pada heksagon dengan menggunakan kikir.
 Ø  Menanda ukuran untuk bulatan pada bahan kerja.
 Ø  Menanda pusat bulatan dengan menggunakan penebuk pusat dan membuat lubang kecil dengan mengggunakan mesin gerudi.
 Ø  Menggunakan pengulir dalam (TAP) untuk membuat ulir pembenang pada lubang bulatan dengan menggunakan mata saiz satu, dua dan tiga.
 Ø  Diakhirnya permukaan depan dan belakang bahan kerja hendaklah dikikir agar bahan kerja nampak lebih kemas.

LANGKAH KESELAMATAN

Ø  Pastikan kawasan persekitaran bengkel bersih dan semua peralatan seperti kikir. Mesin gerudi dan lain-lain selamat digunakan.
Ø  Pastikan aliran udara mencukupi ketika menggunakan bengkel.
Ø  Memakai pakaian yang sesuai ketika memasuki bengkel.
Ø  Pastikan pengikir dalam keadaan elok dan cara mengikir hendaklah betul bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Ø  Ketika mengerudi, mata gerudi hendaklah diketatkan terlebih dahulu agar mata gerudi tidak tertanggal dari bindu.
Ø  Ketika mengerudi, gogal atau cermin mata keselamatan hendaklah dipakai bagi melindungi mata dari tatal.
Ø  Pastikan tangan tidak berminyak ketika memahat dan cara memahat haruslah betul

KESIMPULAN
  •    Kerja mengegas ini memerlukan penelitian yang tinggi bagi menghasilkan kerja yang sempurna dan berkualiti.






0 comments:

Catat Ulasan